1. Ambung Ns
[ ]
"
Assalamuaikum Tuan / Puan Yang Saya Hormati,
Terlebih Dahulu , Saya Mohon Maaf Kerana Saya Terpaksa Menggunakan
Saluran Ini Untuk Mendapat Pendapat Kedua Demi Menuntut Keadilan Tentang
Persoalan Berkaitan Tuntutan Hibah.
1. Bapa Saya Telah Meninggal Dunia 4 Tahun Lepas. Beliau Telah
Meninggalkan Waris Iaitu 4 Orang Anak ( Seorang Lelaki Dan 3 Perempuan ),
Nenek Saya ( Ibu Arwah Ayah ) Dan Seorang Isteri ( Ibu Tiri Saya ).
Daripada 4 Orang Anaknya, Yang Sulung Abang Saya ( 53 Tahun ) Seibu
Dengan Saya
( 51 Tahun ) Dari Isteri Pertama Dan 2 Orang Adik Perempuan
Berlainan Ibu ( Seorang Dari Isteri Kedua ( 49 Tahun ) Serta Seorang Dari
Isteri Ketiga ( 44 Tahun Iaitu Plantif ). Arwah Semasa Meninggal Dunia,
Hidup Dengan Isterinya Ketiga ( Ibu Tiri Saya ), Seorang Anak Perempuan
( Plantif ) Dan Seorang Anak Tirinya Lelaki ( 50 Tahun ), Saksi Kedua
Plantif Semasa Perbicaraan.
Untuk Makluman Tuan, Isteri Pertama Dan Kedua Telah Diceraikan Semasa
Kami Masih Kecil ( Abang Saya Berusia 2 Tahun Dan Saya Dalam Kandungan
Ibu ) Dan Tanpa Sebarang Nafkah Sepanjang Kami Membesar. Kami Dijaga Oleh
Ibu Masing-masing. Abang Saya Dan Adik Saya Dari Isteri Kedua Tidak
Bersekolah Kerana Miskin, Manakala Saya Menyambung Pelajaran Setelah
Berkahwin .
Hubungan Kami Dengan Ayah Dan Keluarga Barunya Adalah Baik . Kami
Tidak Pernah Menyusahkan Keluarga Baru Arwah Ayah Semasa Hidupnya Dan
Akan Menziarahi Arwah Bila Ada Kelapangan.
2. Semasa Hidup Arwah Telah Berjaya Dalam Hidup Sebagai Seorang Kontraktor
Binaan Dan
Telah Meninggalkan Harta Alih Dan Tak Alih Yang Agak Banyak.
3. Hampir 90% Harta Alih Arwah Adalah Dalam Bentuk Sijil Saham Bank Tetapi
Arwah Telah
Meletakkan Nama Plantif Sebagai Nama Kedua ( Tertulis Dibawah Nama
Ayah )
Dalam Setiap Sijil-sijil Berkenaan ( Kecuali Saham Asb ). Arwah Ada
Memberitahu
Abang Saya Beberapa Kali Bahawa Plantif Adalah Pemegang Amanah Kerana
Dia Tinggi
Pelajaran Agamanya. Arwah Berharap Plantif Sebagai Pemegang Amanah
Dan Dapat
Membahagikan Harta Beliau Apabila Arwah Sudah Tiada. Plantif Adalah
Lulusan Universiti
Dalam Jurusan Pengajian Islam Dan Bertugas Sebagi Ustazah Di Salah
Sebuah Sekolah
Menengah Kerajaan .
4. Persoalah Disini, Plantif Telah Mendakwa Waris Lain ( Defenden )
Melalui
Penguamnya Di Mahkamah Tinggi Syariah Atas Tuntutan Hibah Ke Atas
Semua
Siji-sijil Yang Ada Namanya. Tuntutannya Telah Disokong Oleh
Ibunya, Abang Tirinya
Dan Suaminya , Bahawa Semua Sijil-sijil Yang Ada Namanya Sebagai
Penama Kedua Itu
Adalah Haknya . Pelantif Telah Mengakui Bahawa Arwah Banyak Kali
Berkata Kepadanya
Semasa Hidupnya ” Bila Ayah Dah Meninggal Nanti Adik ( Plantif ) Punya
”.
Sedangkan Ayah Telah Pun Menamakan Sebuah Kereta Dan Sebuah
Rumah Teres
Yang Ayah Beli Atas Nama Plantif Iaitu Semasa Dia Masih Belajar Di
Universiti Lagi ( Diakui
Oleh Plantif Semasa Perbicaraan Dan Tak Termasuk Dalam Harta Pusaka
)
5. Seawal 4 Hari Selepas Kematian Ayah , Plantif , Ibunya Dan Abang
Tirinya ( Pernah
Bertugas Sebagai Pegawai Bank ) Telah Mengeluarkan Kebanyakkan
Simpanan
Ayah ( Mana Yang Boleh ) Dari Beberapa Bank ( Samada Nama Ayah
Seorang Atau
Nama Berdua Dengannya ).
Pengeluaran Demi Pengeluaran Yang Dilakukan Plantif Tanpa Pengetahuan
Waris
Lain, Maka Salah Satu Bank Tidak Membenarkan Pengeluaran Dilakukan
Kerana
Jumlahnya Banyak ( Melebihi Tujuh Ratus Ribu ). Bank Berkenaan Mahukan
Surat Kuasa
Dari Pejabat Pusaka ( Walaupun Semua Sijil-sijil Itu Ada Nama Plantif
Sebagai Nama
Kedua.) .
Waris-waris Lain Memang Tidak Pernah Dimaklumkan Oleh Plantif
Berkaitan Akan
Simpanan Ayah Yang Banyak Itu. Plantif Hanya Mengistiharkan Di
Mahkamah
Pusaka Kecil Daerah , Harta Peninggalan Ayah , Hanya 3 Keping Tanah (
Anggaran 5
Ekar Semuanya ), Saham Asb Lebih Kurang Seratus Lima Puluh Ribu Dan
Simpanan
Di Cimb Kurang Dari Rm 20.00 ( Lain-lain Disembunyikan Sehinggalah Kes
Dibawa
Oleh Plantif Ke Mahkamah Tinggi Syariah Atas Tuntutan Hibah ).
Plantif Juga Pernah Membuat Sogokan Iaitu Akan Memberi Tiga
Ribu Ringgit
Kepada Abang Saya Sekiranya Abang Saya Bersetuju Menandatangi Surat Yang
Akan
Diberi Oleh Peguamnya ( Usahanya Untuk Menebus Sijil –sijil Berjumlah
Melebihi
Tujuh Ratus Ribu Itu ) Tetapi Abang Saya Menolak.
Oleh Kerana Gagal Mengeluarkan Wang Dari Bank Berkenaan ,
Plantif Membawa
Kes Ini Ke Mahkamah Tinggi Syariah Atas Tuntutan Hibah.
6. Plantif Mengaku ( Semasa Perbicaraan ) Semasa Arwah Ayah Hidup,
Beliau Tidak Dapat
Mengeluarkan Wang Sewenang-wenangnya Kecuali Apabila Disuruh Ayah
Untuk Tujuan
Perniagaannya Dan Lain-lain. ( Pendapat Saya, Betullah Dia Hanya
Pemegang Amanah
Saja )
7. Setelah Naik Turun Mahkamah Tinggi Syariah , Selama Empat Tahun ( Lebih
20 Kali )
Mahkamah Telah Meluluskan Tuntutan Hibahnya. Plantif Telah
Mengemukan Empat Saksi Iaitu Ibunya, Abang Tirinya, Suaminya Dan
Seorang
Pegawai Bank Yang Diterbangkan Khas Dari Negeri Lain Untuk Menjadi
Saksi Peribadi
Plantif .
Pegawai Bank Ini Pernah Bertugas Di Bank Berkenaan ( Tempat Arwah
Membuat
Simpanan Yang Banyak Itu) , Tetapi Jika Diteliti Dari Tarikh Sijil
Dibuat Semasa Beliau
Bertugas Di Bank Berkenaan ( Dua Tahun Sahaja ) , Simpanan Arwah
Ayah Kurang
Dari Seratus Ribu Tetapi Beliau Mendakwa Dan Mengakui Simpanan Arwah
Melebihi
Enam Ratus Ribu Jumlahnya ( Saya Menganggap Beliau Adalah Saksi
Yang Boleh
Diragui ).
Semua Saksi Plantif Iaitu Seramai Empat Orang ( Termasuk
Pegawai Bank ) Sepakat
Mengatakan Bahawa Arwah Ayah Saya Berulang-ulang Berkata Kepada
Mereka
Bahawa Semua Simpanan Itu, Plantif Yang Punya ( Tak Ada
Dokumentasi , Cuma
Secara Lisan Sahaja ). Ada Fakta Saksi-saksi Berkenaan Bercanggah
Antara Satu
Dengan Lain . Contohnya Ada Yang Mengatakan Semua Buku Akuan Dan
Sijil-sijil Saham
Disimpan Oleh Plantif Semenjak Plantif Belum Kahwin Lagi Dan Ada
Yang Mengatakan
Plantif Simpan Semua Itu Beberapa Bulan Sebelum Arwah Ayah Meninggal
( Hanya Allah
Yang Maha Mengetahui )
Perkara Ini Sangat Mengelirukan Dan Mengecewakan Saya. Jika
Betul Semua
Simpanan Itu Untuk Plantif, Kenapa Arwah Tak Letak Nama Plantif
Seorang Saja Pada
Semua Sijil-sijil Itu Dan Tak Perlu Letak Nama Ayah Lagi ( Taklah
Menjadi Pertikaian ).
Manakala Pihak Kami ( Defenden ) Cuma Mengemukakan Seorang
Saksi Saja
Iaitu Isteri Abang Saya. Dia Pernah Mendengar Beberapa Kali
Arwah Ayah Berkata
Kepada Abang Saya , Dan Kali Terakhir Semasa Beliau Dan Abang
Melawat Arwah
Sehari Sebelum Arwah Meninggal Di Hospital . Ayah Berkata Kepada
Abang ” Duit
Abah Banyak, Kau Seorang Anak Lelaki Abah, Nanti Kau Bahagi Ikut
Hukum Agama.
Adik Kau ( Plantif ) Pemegang Amanahnya Sebab Dia Tinggi Pelajaran
Agamanya
Dan Nanti Kau Tuntut”.
Ayah Berkata Dalam Keadaan Waras Kerana Arwah Dimasukkan Ke Wad
( Dua Hari
Saja ) Kerana Tidak Boleh Kencing Dan Keadaannya Sangat Stabil
Sebelum Meninggal
Keesokannya Kerana Disahkan Mengalami Kejutan Jantung (
Cardiogenic Shock )
Pada Usia 69 Tahun..
8 Untuk Makluman Tuan/ Puan , Pada Awalnya Semua Waris Termasuk
Plantif Dan Ibunya
Telah Melantik Saya Sebagai Ketua Waris Untuk Menguruskan Pusaka
Ayah ( Bukan
Secara Lisan Sahaja, Tetapi Melalui Surat Persetujuan Serta
Bersetem Hasil Yang
Disahkan Dan Masih Dalam Simpanan Saya ), Tetapi Rupanya, Plantif
Dan Ibunya Telah
Melanggarkan Persetujuan Itu Dan Menyembunyikan Banyak Pusaka Ayah
Dari
Pengetahuan Waris Lain
9. Saya Juga Pernah Mohon Melalui Peguam Saya ( Semasa Perbicaraan ) ,
Untuk Melihat
Salinan Asal Buku Akaun Bank, Sijil-sijil Saham Dan Lain-lain (
Sebagai Ketua Waris
Yang Dilantik ) Tetapi Tiada Maklumbalas Hinggalah Mahkamah
Membuat Keputusan.
Saya Hanya Ditunjukkan Salinan Akaun Dan Sijil Yang Boleh
Dipertikaikan
Validitinya ( Transaksi Tidak Lengkap, Salinan Tidak Diakui Sah.
Semua Itu
Dikemukakan Oleh Peguam Saya Yang Diperolehi Dari Peguam Plantif
Oleh Itu Saya
Secara Peribadi Beranggapan Banyak Yang Tidak Terlus Disini.
10.saya Juga Pernah Bertanya Peguam Saya Apakah Kemungkinan Yang
Melayakkan
Permohonan Hibah Plantif Diterima. Beliau Menjelaskan, Jika Dua
Nama Dalam
Mana-mana Akaun Bank, Adalah ” Join Account ” Antara Arwah Ayah
Dan Plantif Dan
Memang Plantif Berhak Kalau Salah Seorang Meninggal .
Saya Kata, Kalau Ia ” Join Account ”:-
? Kenapa Tak Ada Transeksi ( Plantif ) Semasa Arwah Hidup (
Dikawal Oleh Arwah )
? Simpanan Dibuat Semasa Plantif Sekolah Lagi ( Sah, Semua Duit
Arwah Ayah )
Saya Juga Pernah Menunjukkan Kepada Peguam Saya Akan Rujukan Saya,
Yang
Diperolehi Dari Laman Web Ini Www.esyariah.gov.my .pengenalan Sistem
Pusaka
Islam ( Faraid ).iaitu Bil. 12 Ii. Menghibahkan Harta Semasa Hidup
Dan
12 Iii. Penama ( Nominee ) Pada Takaful/ Wang Kwsa/ Tabung Haji Dan
Sebagai Nya.
Menurut Hukum Syarak, Penama Yang Ditulis Dalam Skim-skim
Tersebut Tidak
Dengan Sendirinya Menjadi Milik Penama & Tak Sah Menurut Islam
Dan Masih
Tertakluk Kepada Faraid.
Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan Tahun 1973 Dalam Mesyuarat Majlis
Raja-raja
Pada 20 Sept. 1973 Memutuskan ” Penama Dalam Skim-skim Berkenaan Adalah
Orang Yang Melaksanakan Wasiat Atau Wasi Untuk Dibahagikan Kepada Yang
Berhak Mengikut Faraid.
Orang Islam Juga Tidak Boleh Melantik Penama ( Nominee )
Soal Penama Timbul Dalam Kes Re Ismail Bin Rentah ( 1939 )
Fmslr. 230.
( 1940 ) Mlj.
Dalam Kes Ini, Simati Telah Menjadi Ahli Syarikat Dan Telah
Menamakan Anak
Perempuannya Untuk Menerima Saham Dan Faedahnya Bila Dia
Meninggal. Simati
Juga Meninggalkan Waris Lain. Keputusannya, Saham Dan Feadah
Syarikat Telah
Dibahagi Kepada Ahli Waris. Penama Tak Puas Hati Dan Membuat
Rayuan Di
Mahkamah Tinggi Dan Hakim Raja Musa Telah Menolak Rayuannya Dan
Memerintahkan Semua Jumlah Wang Dibahagi Kepada Ahli Waris Ikut
Faraid.
Menurut Peguam Saya Kes Ini Berlainan Dengan Kes Saya .
Wallahualam, Bagi Saya,
Sekarang Ini Kita Berbicara Dalam Mahkamah Syariah ( Harta
Orang Islam ) Bukan Mahkamah Sival - Apakah Tiada Perbezaan?
11. Saya Mewakili Waris Lain ( Terutama Nenek Saya Yang Terlalu Uzur
Dan Hidup Miskin
( Arwah Ayah Abaikan Tanggung Jawabnya Terhadap Ibunya Semasa
Hidup )
Sangat Berharap Agar Tuan / Puan Dapat Berkongsi Pendapat Serta
Maklumat
Berkaitan Perkara-perkara Berikut:-
I. Apakah Yang Memungkinkan Tuntutan Hibah Plantif Diterima Oleh
Mahkamah
Tinggi Syariah?
Ii. Adalah Nama Kedua Dalam Sijil-sijil Saham Dan Akaun Bank Orang
Islam
Bukan Penama Atau Nominee ?
Kalau Bukan Apa Statusnya?
Iii. Kenapa Mahkamah Tidak Mengambil Kira Fakta Plantif Yang
Mengelirukan
Contoh : -
- Tidak Jujur Dengan Waris – Waris Lain
- Mengeluarkan Simpanan Simati Tanpa Pengetahuan Waris Lain
- Tidak Mengistiharkan Semua Harta Peninggalan Simati Di
Mahkamah Pusaka Kecil Daerah.
- Cubaan Memberi Sogokan Kepada Ahli Waris
Supaya Menurunkan
Tanda Tangan Untuk Menebus Sijil-sijil
Saham Bank.
- Fakta Saksi – Saksi Yang Bercanggah Dan
Boleh Menimbulkan
Keraguan
Iv. Kenapa Mahkamah Membelakangkan Permohonan Waris ( Defenden )
Untuk Melihat Salinan Asal Akaun Bank Dan Sijil-sijil Saham
Yang Menjadi
Pertikaian ?
V. Adakah Mahkamah Menerima Seratus Peratus Keterangan Saksi Dari
Keluarga
Terdekat, Ibu, Abang Dan Suami ?
Vi. Patutkah Kami Terus Membuat Rayuan Atas Keputusan Mahkamah
Tersebut?
Lain - Lain
I. Adakah Kami , Anak-anak Yang Ditinggalkan Oleh Ayah ( Ada Yang
Masih Dalam
Kandungan ) Tanpa Nafkah Boleh Menuntut Nafkah Tertunggak Dari
Harta
Peninggalan Ayah ( Ibu-ibu Kami Dan Ibu Arwah ( Nenek ) Masih
Hidup Sebagai
Saksi ).
Ii. Apakah Seorang Pegawai Bank Yang Masih Bertugas Boleh Mewakili
Individu Tertentu Sebagai Saksi Dalam Urusan Peribadi ? ( Bukan
Majikan ).
12. Untuk Makluman Tuan, Saya Masih Menyimpan Semua Fakta Perbicaraan
Lepas Dan
Tidak Keberatan Untuk Mengirimkan Salinannya Sekiranya Diperlukan
Untuk Diteliti.
Maklum Balas Dari Pihak Tuan /puan Dengan Kadar Segera , Sangatlah
Saya Tunggu-
Tunggu Untuk Meleraikan Kekusutan Dalam Fikiran Saya Ini Dan Demi
Keadilan Pada Ahli
Waris Lain .
Segala Usaha Serta Keperihatinan Tuan/puan Saya Dahului Dengan
Ucapan Terima
Kasih Dan Hanya Allah Yang Dapat Membalasnya.
Sekian.
Wassalam.
Ambong, N.s
21oktober 2009
"