Bilangan Talak Bagi Perkahwinan Semula Selepas Talak Tiga
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Merujuk kepada soalan anda, bilangan talak akan kembali kepada 1 setelah habis talak tiga. Namun begitu, seorang suami yang telah melafazkan talak sebanyak tiga kali kepada isterinya maka dia telah hilang hak untuk rujuk dan berkahwin dengannya semula melainkan isterinya telah berkahwin lain kemudian bercerai, maka suami pertama tadi boleh mengahwini semula bekas isteri yang diceraikan talak tiga.
Wallahua'lam