Adakah Ia Lafaz Kinayah
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Merujuk kepada soalan anda, lafaz talak secara kinayah memang memerlukan niat sebagai pengesahan kepada gugurnya talak. Oleh itu, lafaz kinayah itu bergantung kepada niat si suami. Jika suami melafazkan lafaz kinayah dan berserta niat, dia sewajarnya memohon pengesahan lafaz di mahkamah syariah berdekatan dengan segera. Namun jika lafaz tersebut hanya sekadar bersifat ugutan maka ia tidak dikira sebagai lafaz talak.
Wallahua'lam