Assalamualaikum, Apakah Hukum Penggunaan Kad Keahlian Diskaun Berbayar Di Pasaraya?
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Pemberian kad diskaun oleh pasaraya, industri perhotelan, kedai-kedai alatulis dan sebagainya boleh dibahagikan kepada dua iaitu pemberian kad diskaun/promosi dengan percuma dan juga yang dikenakan kad diskaun/promosi yang dikenakan bayaran.
adapun kad diskaun/promosi yang percuma, maka ulamak mengharuskan penggunaannya. adapun kad diskaun/promosi yang dikenakan bayaran, maka ia perlu melihat kepada perincian berikut:
(a) kad diskaun/kad promosi yang dikeluarkan oleh pihak peniaga yang menjual barangan (contohnya pasaraya, kedai buku, stesen minyak dan lain-lain) dan bukannya dikeluarkan oleh pihak ketiga.
(b) Penggunaan kad diskaun/kad promosi adalah tertakluk kepada akad upah ke atas perkhidmatan yang ditawarkan.
(c) Keharusan penggunaan kad-kad tersebut perlulah mematuhi syarat-syarat berikut:
(i) Jika ada bayaran yang dikenakan maka cajnya perlu pada kadar yang minimum.
(ii) Tiada unsur-unsur perjudian seperti hadiah cabutan bertuah diambil daripada bayaran pengeluaran kad.
(iii) Terma dan syarat yang jelas.
(iv) Tempoh sah laku yang jelas.
(v) Tidak menjana keuntungan daripada pengeluaran kad.
(vi) Tidak menyediakan manfaat yang tidak patuh syariah.
Wallahua'lam