Jawapan Kemusykilan Agama


Doa Penguat Zakar Doa Ini Dibacai Jika Lemah Zakar. Jika Terasa Lemah Zakar Hendak Berjimak (bersetubuh), Bacalah Doa Ini 3 Kali Kepada Zakarnya Di Waktu Ketika Hendak Jimak (bersetubuh) Niscaya Jadi Kuat Bersetubuh Insyaallah. Tapi Jika Dah Kuat, Usah Dibaca Nanti Tak Tahan Pula Isteri, Lari Malam Pula. Inilah Doanya. بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ. Bismillah Hirohman Niroh Him. Allah Huma Innaa Na'uzubika Tam Mah, Warruhi, Wad Dami, Walahmi, Wasahmi, Wal Hurubi Waljulubi Watakzi. Faiza Kozoita Amron Fain Namaa Yakulu Lahu Kun Fayakun. ( 3 Kali) Selamat Berjimak. Utk Isteri Yg Sah Saja. Dilarang Utk Digunakan Kpd Swasta. Ilmu Harus Dikongsi, Bukan Utk Disimpan ✌ Tajuk :doa Penguat Zakar.


Apakah kesahihan atau makna kpd dos ini Mesej ini menular melalui jaringan whatsapp

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,

Berdasarkan kepada perbahasan ulamak feqah/fukaha',bahawa setiap suami yang sah wajib dari segi syarak memberikan  dua jenis nafkah  kepada isterinya iaitu:

1.Nafkah zahir - yang terdiri makan,minum,tempat tinggal dan pakaian

2.Nafkah batin-meliputi melayani kehendak nafsu seks isteri termasuk curahan kasih sayang,cakna,komunikasi belaian dan seumpamanya.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, jika suami mengalami mati pucuk atau lemah tenaga batin sedangkan isterinya masih sihat/muda dan mampu memberi layanan  seksnya kepada suami maka ketika itu suami WAJIB mencari orang yang pandai sama ada doktor atau mereka yang pakar tradisional untuk memulihkan kembali tenaga batin/zakar  suami

Sebaliknya jika isterinya tidak kisah dengan kehendak seksnya  sendiri sama ada diberi atau tidak maka ISLAM memberi hukum SUNAT bagi  suami  berubat sama ada kepada doktor pakar  atau orang yang tahu tentang lemah tenaga batin.

Justeru sebagai ikhtiar panel berpandangan HARUS anda menggunakan sebarang doa yang  dititipkan  untuk tujuan  menguatkan kembali zakar dan memulihkan tenaga batin suami.

Perkara ini penting demi menjamin kelangsungan kehidupan suami isteri serta mengharapkan bahagia yang berpanjangan.

 

 




Wallahua'lam