Assalamualaikum...saya Nak Bertanya Kemushkilan Berkenaan Pasangan Suami Isteri Yang Tidak Tinggal Serumah Melebihi 2 Tahun Tanpa Nafkah Zahir Dan Batin. Apakah Masih Lagi Mempunyai Hubungan Yang Sah Jika Suami Ingin Pulang Ke Rumah Dan Tinggal Sebumbung?terima Kasih
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,
Pasangan itu walaupun tidak melaksanakan sebarang tanggungjawab sama ada nafkah zahir dan batin selama tempoh yang dinyatakan itu masih lagi bergelar suami dan isteri yang sah selagi mana tiadanya atau berlakunya sebarang lafaz cerai di antara pasangan tersebut.
Wallahu a'lam