Apakah Hukum Hasil Wang Yang Diperoleh Daripada Kerja Menaip Captcha Online? Boleh Tak Saya Melakukan Kerja Tersebut?
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,
Captcha atau Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart merupakan satu sistem yang terdiri daripada angka dan huruf atau gabungan antara yang di gunakan dalam sistem computer untuk mengenalpasti seseorang pengguna Computer sama ada ia merupakan manusia atau komputer dengan cara memasukkan semula gambar yang dipaparkan di layar komputer ke ruang yang telah telah disediakan.
sebagaimana sedia maklum captcha yang dipaparkan mempunyai pelbagai gabungan antara huruf atau angka sehingga begitu sukar untuk untuk dijumpai captcha yang berulang. kod ini akan diujicuba terlebih dahulu sebelum dipaparkan dalam sesuatu laman sesawang. Proses uji cuba ini dijalankan dalam web site secara berbayar dan ada sesetengah web site yang menjalankan secara percuma.
Berbalik kepada persolan yang diajukan. Adakah dibolehkan untuk seseorang memakan hasil bayaran pekerjaan memasukkan data ujicuba captha secara online? Panel berpandangan bahawa bayaran yang dibuat adalah harus atas dasar upah di atas pekerjaan terhadap ujicuba yang dijalankan ke atas kod captcha yang dipaparkan. Walau bagaimanapun, keharusan tersebut akan berubah kepada hukum sebaliknya sekiranya dapat dikenal pasti captha tersebut digunapakai untuk laman-laman web yang mempromosikan produk-produk yang bertentangan dengan Islam seperti arak, pelacuran, riba, perjudian dan sebagainya.
Wallahu a'lam