Assalamualaikum Ustaz....saya Nak Tanya,klu Kita Nak Nikah Tapi Adik Kandung X Nak Beri Kerjasama Untk Jadi Wali Kepada Kakak Kandung Dia...boleh Ke Pakai Wali Hakim?klu Ustaz Kata Boleh Pakai Wali Hakim Berapa Lama Prosedur?ape Dokumen Yg Perlu Disediakan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,
Merujuk kepada soalan anda, susunan wali adalah seperti berikut :
Jika sekiranya adik kandung tidak mahu menjadi wali, maka anda boleh memohon kepada mahkamah untuk berkahwin dengan wali hakim. Hakim akan menentukan sama ada pernikahan tersebut akan diteruskan dengan wali hakim atau dengan wali keluarga. Tempoh permohonan dan prosedur adalah bergantung kepada kes. Adalah dinasihatkan anda merujuk ke pejabat agama yang berdekatan.
Wallahu a'lam