Jawapan Kemusykilan Agama


As Salam Ustaz,bolehkah Kita Membeli Barangan Elektrik Daripada Orang Bukan Islam,seperti Peti Ais, Cooker?


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,

Islam menganjurkan kita bermuamalat dengan golongan bukan Islam. Jual beli orang Islam dengan orang kafir adalah sah dari sudut akad dan hukum. 

“Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam pernah membeli makanan dari orang Yahudi dengan berhutang, lalu beliau menggadaikan baju perang besinya kepada orang tersebut” (HR. Bukhari no. 2068)


Wallahu a'lam