Jawapan Kemusykilan Agama


Boleh Ke Nak Buat Korban Pada Hari Ke Empat Hari Raya Korban


Sebab sabtu cuti..hari rabu saya kerja

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,

Penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13.

Qurban tidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14 Zulhijjah

Maka kurban pada hari sabtu yang jatuh pada 13 Zulhijjah adalah masih dalam tempoh  penyembelihan. 


Wallahu a'lam