Jawapan Kemusykilan Agama


Nama Hamba Yang Memberikan Buah Anggur Kepada Nabi Muhammad S. A. W Semasa Sedang Berehat Di Bawah Pokok Anggur Semasa Pergi Ke Thaif


Hsmba tersebut terkejut apabila mendengar Nabi menyebut Bismillah sebelum memakan anggur yg diberikannya.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,

Ketika mana Rasulullah saw lari bersama Zaid bin Harithah ke arah sebatang pokok yang bersebelahan dengan kebun milik U'tbah dan Syaibah. Rasululah berdoa kepada Allah memohon pertolongan. Tindakan  Baginda tersebut melahirkan rasa belas  kasihan kepda pemilik kebun tersebut maka mereka menghantar hamba mereka seorang nasrani yang bernama 'Addas untuk membawa  setangkai anggur tersebut, baginda membaca Bismillahi Rahmani Rahim ketika mula menyuapkan anggur ke dalam mulut,  lalu 'Addas berkata " perkataan ini tidak dituturkan oleh penduduk negeri ini. Rasulullah saw berkata kepadanya " kamu datang dari negeri mana dan apa agama anutan kamu?" ' Addas menjawab " Aku seorang nasrani daripada negeri Ninawa. 

Nabi Muhammad saw bertanya lagi " Dari kampung lelaki saleh iaitu Yunus bin Mata? lalu Rasulullah saw membacakan ayat al-quran yang mengandungi kisah Nabi Yunus. Apabila 'Addas mendengarnya beliau memeluk Islam. 


Wallahu a'lam