Jawapan Kemusykilan Agama


Apa Hukum Bermain 'kutu' Atau 'hui'?


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,

Pada asalnya bermain kutu ialah dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram.  Prof Dr. Azman Mohd Noor di dalam tulisan belia berkata: “Bermain kutu adalah amalan sebahagian masyarakat Islam khasnya wanita di Timur Tengah (dipanggul “Jumu’iyyah), Afrika (di Nigeria ia dipanggil “adashi”dan Malaysia khasnya di Pantai Timur. Isu Syariah ialah mensyaratkan hutang dibalas dengan hutang iaitu “aqridni uqriduka”, yang bereti: “Bagi hutang kepada saya, saya akan bagi hutang pada kamu”. Kebanyak an Fuqaha tidak membenarkan hutang bersyarat sebegini kerana ada unsur mengambil manfaat dari hutang.

Perlu juga dipertimbangkan, manfaat daripada hutang yang diharamkan ialah manfaat yang dikhususkan kepada pemberi hutang (lender). Adapun manfaat kepada peminjam, ia diharuskan. Dalam kontek kutu, semua ahli akan memperolehi manfaat dan tidak disyaratkan siapa yang dapat dahulu.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman antara lain menyebut: “Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. (Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi).

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.”

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : http://www.muftiwp.gov.my/index.php

Wallahu a'lam