Anak Yang Pakai Pampers ( Pampers Tu Dia Dah Kencing Atau Buang Air Besar) Tapi Belum Bocor Lagi Contohnya Dalam Kenderaan Atau Pampers Belum Penuh Sangat Atau Mummy Buzy Sanagt Etc. Kalau Baby Duduk Atas Apa2 Dengan Pampers Tu Masih Di Punggungnya Dan Seluarnya Ada Melekat Bau Tapi Pampers Tak Bocor Pastikan Tidak Bocor , Tempat Dia Duduk (mana2 La: Kusyen Ke, Lantai Ke, Buai) Tidak Dikira Tempat Tu Bernajis. Betul Tak?
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Merujuk kepada soalan puan di atas, BETUL tempat-tempat tersebut tidak bernajis.
Sesuatu itu bernajis atau terkena najis jika ternyata / jelas ada ain najis padanya.
Wallahua'lam