Assalamualaikum.. Soalan Saya.. Adakah Isteri Saya Boleh Bersalaman Dengan Bapa Saudara Saya ((belah Ayah)) Dan Freehair?
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara yang dirahmati Allah,
Seseorang wanita menjadi mahram kepada seseorang lelaki dengan beberapa sebab; iaitu nasab, perkahwinan dan susuan. Adapun mahram dengan sebab perkahwinan adalah seperti berikut:
1.Datuk/moyang (dan ke atas) kepada suami
2.Bapa mertua
3.Menantu
4.Bapa tiri (yang telah menggauli ibu)
5.Anak tiri/ cucu tiri (setelah menggauli suami)
Berhubung soalan yang diajukan, maka bapa saudara suami tidak menjadi mahram kepada isteri. Maka isteri tidak boleh bersalaman tanpa lapik dan tidak boleh mendedahkan aurat di hadapan bapa saudara tersebut.
Wallahua'lam