Assalamualaikum Bolehkah Kita Memberi Zakat Kepada Masjid @ Surau
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 60 yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang-orang fakir, untuk orang miskin, untuk amil zakat, untuk yang dilunakkan hatinya (muallaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah (fi sabilillah) dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana”
Berdasarkan ayat tersebut maka Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali mewajibkan zakat kepada lapan golongan sahaja dan pembinaan masjid tidak termasuk dalam golongan tersebut.
Walaubagaimanapun terdapat segelintir ulama yang mengharuskan zakat kepada masjid atas pemahaman makna untuk jalan Allah (fi sabilillah) dalam ayat di atas.
Wallahua'lam