Jawapan Kemusykilan Agama


Hukum Buat Laser Mata


Power rabun tinggi.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,

Hukum Lasik ialah harus dan dibenarkan dalam Islam. Hujahnya:
1) manusia adalah makhluk mulia dan sempurna.
2) tidak mengubah ciptaan Allah. Lasik tidak mengubah ciptaan Allah, tapi ia adalah rawatan bagi menyempurnakan mata yang sudah rabun dan memang asal kita dilahirkan tidak rabun. 
3) prinsip: asal sesuatu perkara ialah harus.

Tapi sekiranya Doktor pakar mata menyatakan rawatan Lasik tersebut 40% berjaya dan 60% lagi berisiko untuk buta sebagai contoh, maka haram membuat Lasik ketika itu kerana mata setiap orang berbeza, ada yang boleh buat Lasik dan ada yang tidak digalakkan selepas menjalani 'assessment' sebelum menjalani Lasik.


Wallahu a'lam