Jawapan Kemusykilan Agama


Assalamualaikum Ustaz/ustazah ,,saya Ada Satu Pertanyaan ,,jika Kita Membuat Asb Sebagai Satu-satunya Sumber Pendapatan Kita Seperti Rata-rata Rakyat Malaysia Yang Sudah Pun Pencen Ataupun Tidak Mempunyai Pencen,,contoh Kita Mempunyai Duit Rm200,000 Didalam Asb Dan Kita Membuatnya Menjadi Satu Satunya Sumber Pendapatan Kita ,,apakah Zakat Yang Perlu Kita Bayar?


Asb

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah HARUS.

Zakat diwajibkan ke atas pelaburan di ASB. Ini adalah bersesuaian dengan kaedah fiqh dalam ibadah zakat yang berbunyi كل مال نام فهو وعاء للزكاة yang bermaksud setiap harta yang berkembang adalah sumber untuk zakat.

Walaubagaimanapun, untuk mengira jumlah zakat yang wajib dikeluarkan bagi pelaburan ASB, kami menyarankan supaya pihak tuan menghubungi Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran bagi menentukan kaedah dan situasi pengeluaran zakat bagi pelaburan asb tersebut.


Wallahu a'lam