Hukum Adab Aurat Ketika Berjimak
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,
Antara tujuan perkahwinan ialah menghalalkan hubungan asmara antara lelaki dan wanita. Tanpa perkahwinan, hubungan asmara antara jantina berlainan adalah diharamkan. Justeru, pensyariatan perkahwinan untuk menghalalkan hubungan seks adalah sarana paling penting dalam merealisasikan tujuan hifz al-nasal wa al-nasab (penjagaan hak keturunan dan nasab) yang dianggap salah satu daripada dharuriyyat al-khamsah (Lima Tujuan Terpenting Syariah).
Para ulama Syafieyyah menggariskan bahawa suami diharuskan untuk menikmati secara seksual setiap bahagian tubuh isterinya dengan dua pengecualian iaitu :
1. Makruh bagi suami untuk melihat kepada faraj dan bahagian dalamnya lebih dimakruhkan. Rujuk Raudhah al-Talibin(7/27) oleh Imam al-Nawawi. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
النَّظَرِ إلَى الْفَرْجِ يُورِثُ الطَّمْسُ أَيْ الْعَمَى
Maksudnya: “Melihat kepada faraj itu mewarisi kebutaan.”[1]
2. Diharamkan bagi suami untuk menyetubuhi isterinya pada dubur. Ini berdalilkan hadis Khuzaimah bin Tsabit RA bahawa Rasulullah SAW:
إِنَّ اللهَ لَا يَسْتَحِيي مِنَ الْحَقِّ فَلَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran maka janganlah kalian mendatangi isteri pada dubur mereka.”
kesimpulannya, Harus mendatangi isteri denagn pelbagai cara yang boleh menambahkan kasih sayang antara kedua nya
Wallahu a'lam