Assalamualaikum Waramatullahhiwabarokatu.adik Lelaki Saya Merupakan Down Syndrome,soalan Saya Ialah Apakah Hukum Bagi Adik Down Syndrome Saya Dalam Berkhatan.
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara yang dirahmati Allah,
Maksud hadith : Daripada Abu Hurairah RA Nabi SAW bersabda: "Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku." (riwayat al-Bukhari). Berdasarkan hadis ini, Mazhab Shafie menegaskan bahawa amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki dan wanita.
Walaubagaimanapun, bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadah termasuk berkhatan ke atas kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.
Jabatan Mufti Selangor juga telah mewartakan fatwa yang sama di atas pada 25 Oktober 2007 warta nombor Sel P.U. 36 Jld. 60 No. 23 (www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor)
Wallahua'lam