Assalamualaikum. Saya Ingin Bertanya Sekiranya Saya Terbangun Dari Tidur Setelah Habis Waktu Solat Subuh, Bagaimanakah Cara Saya Melaksanakan Solat Subuh? Dan Perlukah Saya Niat Qada?
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Berdasarkan situasi yang saudara jelaskan, saudara hendaklah melakukan qadha bagi solat yang tertinggal disebabkan tertidur. Menurut Imam al-Nawawi, seseorang yang tertinggal solat fardhu disebabkan tertidur adalah diwajibkan mengqada' solat tersebut dengan segera.
Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini menerusi laman berikut https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2475-al-kafi-765-benarkah-rasulullah-s-a-w-pernah-terlepas-solat-subuh
Wallahua'lam