Jawapan Kemusykilan Agama


Salam, Saya Mandi Wajib Pada Belah Pagi, Saya Tahu Jari Kaki Saya Ada Luka Yang Tidak Berapa Kering, Saya Mandi Wajib Seperti Biasa, Tapi Setelah Selesai Dan Hendak Solat, Saya Perasan Ade Tercalit Darah Yang Sedikit Di Tepi Kuku Saya Kerana Luka Itu Berdekatan Dengan Kuku, Saya Tidak Pasti Bila Ia Tercalit Tapi Kemungkinan Besar Sebelum Mandi Atau Semasa, Adakah Mandi Saya Tadi Sah? Perlukah Saya Mandi Semula Dan Qada Solat?


darah dari luka jari tercalit pada kuku, sah kah mandi wajib saya?

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,

Sah mandi wajib yang dilakukan.

Tidak perlu qada solat melainkan jika darah yang keluar semasa solat terkena pada pakaian atau tempat solat (kerana tidak sah solat seseorang yang memakai pakaian dan menggunakan tempat solat yang terkena najis)



Wallahua'lam