Jawapan Kemusykilan Agama


Asalamualikum..jakim Soalan Saya..bolehkah Berkahwin Dengan Sepupu Pertama..contohnya Bapa Lelaki Dan Bapa Perempuan Tersebut Adalah Adik Beradik..?


Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,

Hukum berkahwin dalam Islam dengan keluarga terdekat seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah SWT.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:

“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya;- sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mu'min mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; -. supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzaab 33:50)

Oleh yang demikian, tiada halangan bagi mana-mana sepupu untuk berkahwin sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran sebagaimana maksud ayat di atas.

Wallahua'lam