Bagaimana Saya Nak Cari Balik Jawapan Kepada Soalan Saya Yang Terdahulu. (lebih Kurang Seminggu Lepas Dari Tarikh Hari Ini.)
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
3 orang rakan saya mengerjakan solat tamam tetapi saya seorang dalam perjalanan. Bolehkan saya menjadi makmum dengan mereka sedangkan kawan-kawan bermastautin dan saya berniat solat jamak takdim?
Orang yang safar (musafir) diharuskan mengikuti (berimamkan) orang yang solat tamam (sempurna atau orang yang mukim) demikian juga sebaliknya.
Namun dengan syarat solat tamam yang dia lakukan mengikuti imam perlu dilakukan dengan sempurna juga (tamam). Contohnya dia solat jamak taqdim zohor dan asar. ketika dia solat zohor bersama imam yang solat tamam, dia wajib mengikuti imam dengan menyempurnakan rakaat solat zohor, tidak boleh diqasarkan. Dalilnya sabda Nabi ﷺ:"Sesungguhnya imam itu dilantik untuk diikuti. Maka jangan sesekali kamu berbeza dengannya." (HR Bukhari & Muslim)
Kemudian pabila dia hendak melakukan solat yang kedua, harus dia mengqasarkan solat tersebut.
Wallahua'lam