Jawapan Kemusykilan Agama


Apakah Pandangan Islam Tentang Amalan Tawasul Dan Contoh Amalan Tawasul Dalam Masyrakat Harini


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,

Tawasul ialah mengerjakan sesuatu amalan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan. Sementara wasilah ialah jalan  dan amalan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah swt. 

Tawassul ada berbagai-bagai, ada yang harus dan ada yag tidak diharuskan oleh syarak. tawassul yang diharuskan ialah tawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah, Tawassul dengan amalan-amalan soleh  atau dengan iman kepada Allah swt dan rasulNya dan bertawassul dengan melalui doa orang soleh yang masih hidup. Sementara tawassul yang ditegah ialah memohon tawassul kepada roh orang mati supaya roh itu menolong menunaikan hajat keperluannya atau memohon supaya roh tersebut melepas  atau menolak sesuatu bala bencana yang menimpanya atau memohon  secara bernazar dengan katanya " wahai syeikh si anu......." dengan disebut namanya dan lain-lain lagi. 


Wallahu a'lam